Thursday, June 2, 2011

Sikap Toleransi Dalam Kehidupan

SITUASI I

"Anna, raya ni kita balik rumah abang", kata Danish.

"kenapa pulak rumah abang? Bukan ke kita dah setuju nak balik rumah saya pulak? Suka hati je abang tukar-tukar. Mana boleh macam ni. Nanti merajuk pulak ayah & ibu kat Perak tu", balas Anna.

"Tak boleh. Abang ada hal kat Johor. Kena balik sana dulu tahun ni", jelas Danish.

"Anna tak kira, kita balik Perak jugak tahun ni. Abang je nak menang", ujar Anna.

"Anna ni kenapa? Abang memang betul-betul ada hal la kat Johor. Anna nak balik Perak sangat, Anna balik la sendiri. Abang tetap balik Johor!", bentak Danish.


SITUASI II

Dalam bilik mesyuarat Penggerak Islam, "Ana tak sokong cadangan enta. Cadangan enta ditolak sepenuhnya. Ana rasa elok ambil cadangan ana", tegas kata Nafisah.

"Kenapa pulak? Mentah-mentah enti tolak cadangan ana. Apa kurangnya cadangan ana? Cuba citer?", Hasbullah berang cadangannya ditolak.

"Cadangan enta tidak jelas. Nampak kabur je. Boleh dipertikaikan orang ramai. Enta tak rasa ke cadangan ana lagi mantap daripada cadangan enta", ujar Nafisah. Ada bau-bau bangga di situ.

Penyudahnya meeting yang boleh habis dalam setengah jam berlanjutan sampai 4 jam. Mengalahkan meeting Perdana Menteri.





Dalam kehiduapan, perselisihan pendapat itu perkara biasa. Allah meletakkan pemahaman yang berbeza-beza dalam diri kita terhadap sesuatu perkara sebenarnya adalah ujian dalam hidup kita. Kadang-kala dalam hal yang remeh pun kita boleh berselisifah pendapat malahan sampai bertikam lidah.

Perselisihan pendapat boleh berlaku dalam apa jua keadaan. Dalam hubungan suami isteri, hubungan anak dan ibu bapa, persahabatan, organisasi dan politik. Hakikatnya hal ini mampu diatasi oleh semua pihak cuma berkaitan dengan ego sahaja. Ingin dikongsikan suatu cerita berkaitan toleransi dan bersikap terbuka seorang imam besar iaitu Imam As-Syafie.

Terjadi di kota Kufah di mana penduduk di sana bermazhab Hanafi. Imam Syafie telah menjadi imam Subuh bagi jamaah yang bermazhab Hanafi. Dalam solat Subuh yang didirikan beliau tidak membaca doa qunut malahan tidak bersujud sahwi.

Usai solat Subuh, makmum beliau yang bermazhab Hanafi bertanya,

"Wahai tuan, bukankah tuan menuntut membaca doa qunut dalam solat subuh dan bagi yang tertinggal kena melakukan sujud sahwi?"

Sambil menunjukkan ke arah makam Imam Abu Hanifah, Imam Syafie berkata,

"Patutkah aku melangkaui beliau?"


*********************************END OF STORY****************************************

:: Ibrah ::

Imam Syafie & Imam Abu Hanifah. Kedua-duanya imam besar & sgt dihormati namum terdapat perbezaan pemahaman dalam hal-hal furuk fekah. Tapi melalui cerita ini, dapat contohi sifat keterbukaan dalam menghormati mazhab masing-masing. Semoga dapat kita dapat aplikasikan sikap beliau dalam kehidupan kita. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...