Saturday, November 13, 2010

:: Alam >>> Al-Quran ::

"Imtiyaz!", Iqram memanggil sahabatnya.

"Assalamualaikum. Oh akh Iqram. Ada apa?", tanya Imtiyaz.

"Aku ade keje sikit ni. Presentation Keagungan Alam. Tapi aku rujuk buku-buku sains kt library payah la nak cari maklumat. Esok dah nak kena present dah. Aduhaiiii..", keluh Iqram.

"Ya akhi, sebelum tu ana nak tanya, siapa yang alam ini dan segala-galanya?", Imtiyaz menguji sahabatnya itu.

"Mestilah Tuhan kita, Allah Taala", yakin Iqram menjawab.

"Jadi, kalau begitu, kenapa anta rujuk buku-buku sains kat library tu. Mungkin betul ada fakta yang tepat tapi mungkin ada fakta yang salah sebab tafsiran dan kajian manusia berbeza-beza. Kan Allah dah turunkan Al-Quran sebagai rujukan kita dalam kehidupan. Cuma kita tak tadabburnya sahaja", balas Imtiyaz.

"Aku bukan tak nak rujuk al-Quran tapi ni subject Theory of Knowledge. Macam tak sesuai je", mudah Iqram menjawab.

"subject apa-apa sekalipun al-Quran la rujukan yang paling agung. Jom kita ke surau. Insya-Allah ana tolong anta sedaya yang mampu", Imtiyaz menarik sahabatnya ke surau.

"Ok. Pertama sekali, kita kena yakin Allah yang telah menciptakan langit dan bumi. Dia tu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana", Imtiyaz menerangkan.


He is the Originator of the heavens and the earth. How can He have children when He has no wife? He created all things and He is the All-Knower of everyhting.
(6:101)


"Kemudian seperti yang kita tahu siang dan malam saling bertukar ganti. Macam mana boleh terjadinya perkara sebegitu?", Imtiyaz bertanya.

"Sebab peredaran bulan dan matahari. Kan kita belajar dari kecil lagi", Iqram menjawab.

"Betul. Tapi tu semua Barat yang membentangkannya setelah dikaji tapi hakikatnya dah lama ada dalam al-Quran. Allah dah bagi tahu kita awal-awal lagi", balas Imtiyaz.


And He it is Who has created the night and the day and the sun and the moon, each in an orbit floating
(21:33)



And the sun runs on its fixed course for a term (appointed). That is the Decree of the All-Mighty, the All-Knowing.
(36:38)




And by the day as it shows up (the sun's) brightness. And by the night as it conceals it (the sun)
(91:3-4)




"Anta tahu tak kenapa lapisan atmosfera diciptakan?", tanya Imtiyaz.

"Bukan lapisan atmosfera menghalang sinaran ultraviolet yang dipancarkan oleh matahari daripada menembusi bumi", Iqram menjawab.

"betul tu. Tapi takkan tu saja kan? Sebenarnya, lapisan atmosfera ni melindungi sinaran UV yang kuat saja. Ada sinaran yang tak berbahaya dan berguna seperti gelombang radio dibiarkan menembusi bumi sebabnya berguna untuk kelangsungan hidupan di muka bumi"

"Lapisan atmosfera gak melindungi bumi daripada suhu dingin membeku ruang angkasa. Suhu yang boleh mencapai 270 darjah Celcius di bawah nol"

"Disebabkan Allah mencipta lapisan atmosfera ni la kebanyakan meteorid di angkasa tak dapat menembusi bumi. Meteorid ni dah hancur dulu di ruang angkasa sebelum mencucuk-cucuk lapisan atmosfera ni. Cuba kita bayangkan kalau Allah tak ciptakan lapisan atmosfera ni?", panjang penjelasan Imtiyaz.


And We have made the heaven a roof, safe and well-guarded. Yet they turn away from its signs (i.e sun, moon, winds, clouds, etc).
(21:32)


"Subhanallah", balas Iqram.



"Kita pergi pulak kepada air masin dan air tawar. Sebenarnya air masin dan air tawar ade pemisahan antara kedua-dua air tersebut. Takkan bercampur. Itulah keagungan Pencipta kita", Imtiyaz mengukuhkan lagi hujahnya.


He has let loosed the two seas (the salt water and the sweet) meeting together.
Between them is a barrier which none of them can trangress
(55:19-20)



And it is He Who has let free the two seas (kinds of water), one palatable and sweet and the other salt and bitter, and He has set a barrier and a complete partition between them.
(25:53)



And the two seas (kinds of water) are not alike, this fresh sweet and that saltish and bitter. And from them both you eat tender meat (fish), and derive the ornaments that you wear. And you see the ships cleaving (the seawater as they sail through it), that you may seek of His Bounty and that you may give thanks.
(35:12)


video

Ini adalah salah satu rekaman dari salah seorang penyelam yang bernama Anatoly Beloshchin, yang merekam keberadaan ‘sungai di bawah laut’ pada kedalaman 60 meter di perairan Meksiko Cenote Angelita ini. Pemandangan ‘sungai di bawah laut’ ini sangat mirip sekali dengan sungai di daratan.

Menurut menristek Suharna Surapranata, seperti dikutip vivanews mengatakan, meski warna kecokelatan air pada sungai bawah laut tersebut mirip dengan pola air tawar pada sungai-sungai umumnya, namun air tersebut bukanlah air tawar tetapi lapisan bagian bawah gas hidrogen sulfida (H2S) yang bersifat asam.


"Sebenarnya banyak lagi benda boleh dikupas Iqram. Tapi rasanya setakat tu pun dah cukup. Pastikan anta sertakan dalil ayat Quran yang ana bacakan tadi. Semoga dengan dalil tersebut menambahkan keyakinan orang sekeliling kita terhadapa kebenaran Islam dan keagungan Kekasih kita yang Maha Agung", Kata Imtiyaz.

"Subhanallah. Banyak betul bukti sains dalam al-Quran. Terima kasih Imtiyaz sebab banyak bantu aku. Lepas ni ajak aku tadabbur al-Quran sama-sama ye", balas Iqram.

"Insya-Allah", jawab Imtiyaz.

:: Usah Solat Sekadar Kewajipan ::

Sudah menjadi kebiaasan buat pelajar untuk menghabiskan masanya pada waktu petang dengan pc game dan movie. Bagi golongan yang terlampau penat, petang menjadi masa untuk mereka memulihkan tenaga untuk belajar pada waktu malam.

Pada suatu petang yang hening, Amran sedang asyik melayani movie. Matanya fokus tertumpu pada skrin Macbook-nya. Cerita 'Drag Me To The Hell' begitu menarik perhatiannya. Jam menunjukkan 4.15 petang. 5 minit lagi azan Asar bakal berkumandang.

Saiful menggeleng kepala melihat sahabatnya itu. Dia cuba mengajak Amran untuk bersiap-siap ke surau. "Am, jom siap-siap. Dah nak masuk Asar dah ni. 'Pause' la kejap movie kau tu. Nanti lepas Asar boleh sambung lagi", lembut Saiful mengajak.

"Kejap la. Tengah part best ni. Cerita ni kena tengok sekaligus. Tak boleh pause, nanti tak paham jalan ceritanya", Amran berbasi-basi memberikan alasannya.

"Amran,Islam tak halang pun kita nak berhibur. Tapi yang wajib kita dahulukan. Jom la. Aku dah siap dah ni", Saiful kuatkan diri untuk mengajak.

"Kau ni bising la! Cakap macam bagus sangat je! Aku bukannya tak solat, aku solat gak kat dalam bilik! Kalau kau nak pergi surau, kau pergi je la surau! Kau kan pak bilal!", Amran berang dengan ajakan Saiful.

Saiful terus berlalu pergi ke surau untuk mengumandangkan azan Asar. Usai solat Asar berjemaah, Saiful kembali ke bilik dan Amran masih lagi menonton movienya lagi.

"Amran, kau dah solat?", Saiful bertanya.

"Belommmm....Kejap,dah nak habis dah cerita ni", lemah jawapan Amran.

Setelah beberapa minit Saiful menunggu, Amran akhirnya keluar mengambil wudhuk dan membentangkan sejadah di 'tempat biasa'nya iaitu di penjuru bilik. Saiful menggeleng kepala. Amran solat begitu laju bagaikan ayam mematuk cacing di tanah. Tiada langsung tumaninah dalam setiap pergerakan solatnya. Setelah selesai, Amran segera melipat sejadahnya tanpa berdoa kepada Penciptanya sekalipun.

Saiful berat hati dengan sikap Amran yang memandang enteng terhadap solat. Digagahkan juga hatinya untuk menegur.

"Amran,aku tanya ni kau jangan marah ea? Terpulang la kat kau nak bagi jawapan ke tak. Tapi yang penting kau fikir-fikirkan la ye", Saiful memulakan bicaranya.

"Hmm.. Kenapa?", Amran kehairanan.

"Amran, kau pernah tak tanya diri kau kenapa kau solat? Kau rasa kenapa Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad SAW mengurangkan bilangan solat yang Allah fardhukan ke atas kita selaku umatnya?", Saiful bertanya Amran.

"Alaa. Kau ni tanya aku macam aku tak tahu pulak. Solatkan tiang agama. Kita solat sebab kewajipan la. Kan senang jawapannya tu. Jawapan untuk soalan kedua pulak, sebabnya ummat Islam akhir zaman semakin sibuk so kalau banyak sangat waktu solat payah la urusan kita nanti", mudah sahaja Amran memberikan jawapan tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Amran.. Amran.. Kalau macam tu la jawapan kau, maka rugi la sekalian manusia yang berpendapat macam kau. Amran, kita solat sebab Allah suruh kita ingat dia"


"Verily! I am Allah! La ilaha illa Ana (none has the right to be worshiped but I) so worship Me, adn perform As-Salat (Iqamat-as-Salat) for My Remembrance".
(20:14)


"Solat sebenarnya juga mencegah kita daripada perkara keji dan mungkar. Cuba teliti ayat ni"


"Recite (Oh Muhammad SAW) what has been revealed to you of the Book (the Quran) and perform as-Salat (Iqamat as-Salat). Verily, As-Salat (the prayer) prevents from Al-Fahsha (i.e great sins of every kind, unlawful sexual intercourse, etc) and al-Mungkar (disbelief, polytheism, and every kind of evil wicked deed, etc) and the remembering (praising,etc) of (you by) Allah (in front of the angels) is greater indeed (than your remebering (praising, etc) Allah in prayers. And Allah know what you do"
(29:45)


"Semua orang tahu solat tu la perkara pertama yang akan dihisab pada hari akhirat kelak. Tetapi pelaksanaan kita ala kadar sahaja. Buat sekadar tuntutan sahaja".

Dari Abi Hurairah r.a. beliau berkata: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang itu bagus, maka dia berjaya. Tetapi jika sembahyang itu rosak, maka dia rugi. Sekira ada apa-apa kekurangan didalam kewajipannya(solat) maka Allah Azza Wajal mengatakan:- Perhatikan apakah hamba aku mempunyai sembahyang sunat yang boleh dia menyempurnakan kekurangannya didalam solat fardu. Segala amalannya yang lain akan diadili seperti itu.( Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)


"Memang betul solat itu selaku kewajipan buat kita tapi tiada ertinya solat dengan niat sebegitu. Janganlah kita solat sebab kewajipan, sebab pahala, sebab nak masuk syurga semata-mata. Kita cuba latih diri kita, solat kerana kita cinta kat Allah Taala yang telah ciptakan kita, bagi kita segala nikmat. Kita solat berjamaah sebab kecintaan kita pada Rasulullah SAW yang menganjurkan perkara sedemikian".

"Solat ni ibarat medium untuk kita luahkan segala-galanya kat Allah Taala. Solat ni la kita ibarat 'DATE' kita dengan Kekasih kita. Bila kita letakkan cinta kita dalam solat kita untuk bertemu dengan Kekasih kita, automatic akan wujudnya rasa rindu untuk kita bertemu dengan Dia. Apabila ada rasa rindu tu, barulah kita akan merasai 'Khalawatul Iman', kemanisan iman dalam beribadat. Kita akan rasa tak sedap hati andai kita menangguhkan solat, andai kita terlewat solat jamaah, andai kita tidak dapat tabkiratul ula. Semua tu akan timbul andai hati kita benar-benar mencintai Allah dan dizahirkan melalui solat kita"

"Kalau hati kita terletak pada masjid, kita ikhlas datang ke surau, ke masjid, untuk solat jamaah, insya-Allah kita dipelihara dan mendapat naungan Allah pada hari kiamat kelak"

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.

2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.

3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.

4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.

5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)

6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.

7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)




"Saiful, aku mintak maap la ye tadi aku marah kau. Terima kasih la bagi aku teguran. Iman aku rendah, Saiful. Ilmu aku pun tak tinggi mana", Amran berkata.

"Am, manusia semuanya lemah dan taufiq walhidayah tu datangnya daripada Allah Taala. Setiap manusia itu pelupa. Jadi, peranan kita la untuk saling memberi peringatan. Ilmu kita semua sedikit nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Melalui usrah, tazkirah, tadabbur al-Quran la kita dapat tingkatkan ilmu agama kita, kefahaman terhadap agama kita sendiri. Berdamping dengan orang-orang alim pun dapat meningkatkan ilmu agama kita", panjang penjelasan Saiful.

"Saiful.. Lepas ni, setiap kali waktu solat, kau peringatkan aku ye untuk solat berjamaah. Kalau boleh, aku nak masuk saf pertama dan dapat takbiratul ula. Nanti lepas solat, ajak la aku dengar tazkirah ye. Maklum la manusia ni pelupa dan iman boleh turun naik", lembut Amran berkata.

"Takde masalah. Insya-Allah aku cuba tunaikan", senyuman terpancar di raut wajah Saiful kerana 'misi'nya berjaya. Hati seorang rakan telah berjaya diubahnya dengan izin Allah Taala, pemilik dan pemberi hidayah.

"Terima kasih sahabatku", Amran memeluk Saiful.

"Afwan ya akhi", Salful membalas

Friday, November 12, 2010

:: Dunia Vs Akhirat ::

"Amaar, bangun. Dah azan Subuh. Allah dah hantar muazzin panggil kita solat tu Amaar. Jom siap-siap pergi surau", Amir mengajak.

"Hmmmm...", Amaar menjawab kemalasan.

"Amaar, Rabb dah panggil tu. Jom la kita solat dulu. Lepas tu kau nak sambung tidur, tidur la", Amir berusaha untuk terus mengajak Amaar.

"Aku mengantuk la!! aku penat stay up belajar malam tadi tahu tak?!?!? Kalau kau nak pergi surau, pergi je la. Tak payah nak ajak aku. Kalau aku dapat dosa pun bukan kau tanggung sama!!", Amaar menengking Amir.

Amir terduduk di birai katil Amaar sedangkan Amaar terus cuba menyambung tidurnya. Hatinya pilu tetapi demi Kekasihnya yang Maha Agung, dia terus menuju ke surau.

Selesai kuliah Subuh, Ajam bergegas kembali ke biliknya. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Kebetulan kuliah Subuh agak panjang pada pagi tersebut.

"Amaar, kau dah solat belum? 6.45 dah ni. Solatlah dulu. Lepas tu, kau nak tidur, tidur la. Aku tak kacau", Amir mengejut Amaar lagi.

Amaar terus menarik selimutnya dan menutup mukanya dengan bantal. Amir mengajut lagi, "Amaar, solatlah dulu. Dah lambat dah ni".

Amaar baran apabila tidurnya diganggu. "Kau ni dari tadi asyik bising je!! Kau tak kacau aku tak boleh ke? Faham tak aku MENGANTUK?!?". Amaar terus tidur tanpa rasa bersalah tidak mengerjakan solat Subuh.

"Alamak!! Dah pukul berapa ni? Isyhhh,7.45!! Amir!! Asal kau tak kejut aku?!? Dah la test start pukul 8, aku x gosok baju lagi ni!! Ko ni selfish la!!", Amaar mengamuk.

"Sori la aku ingat kau dah set alarm kt handphone ko. Nanti aku kejut kau marah aku pulak", Amir acuh tak acuh memberikan alasan. Hatinya masih sedih mengenangkan peristiwa Subuh tadi. Dia terus mengambil begnye dan bersiap menuju ke dewan peperiksaan.



Inilah realiti kehidupan pelajar zaman globalisasi ini. Islam hanya termaktub pada kad pengenalan sahaja. Identiti Islam hanya terletak pada BIN dan BINTI yang terdapat pada nama penuhnya sahaja. Tidak tergambar keislamannya pada ketaatannya terhadap Pencipta dan agama.

Dalam konteks pelajar atau golongan yang sudah berkerjaya, sesetengah daripada kita sanggup mengabaikan kewajipan semata-mata kerana dunia. Kita sanggup berjaga malam menyiapkan tugasan, tetapi malas untuk bangkit di Subuh hari untuk 2 rakaat solat Subuh. Apabila kita kelewatan untuk ke kelas atau ke tempat kerja, kita berasa gelisah. Tapi kegelisahan dan ketakutan tidak timbul di hati sanubari kita apabila kita tidak memulakan hari kita dengan solat Subuh 2 rakaat. Tujuan kita mulia iaitu untuk mencari ilmu yang merupakan suatu jihad, bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga tetapi kita lupa untuk tanya pada diri kita




"Siapakah yang memberi kita kefahaman tentang sesuatu ilmu?"

"Siapakah yang memberikan kita rezeki melalui gaji yang kita terima?"

"Siapakah yang mengurniakan kita kejayaan dalam pelaran/pekerjaan?"

"Siapakah yang menjamin keselamatan dan memberikan kita tenaga untuk kita selamat dlaam perjalanan kita mencari ilmu, melakukan pekerjaan?


Apabila kita selesai menuntut ilmu, melakukan pekerjaan, kita terus mengetepikan seruan agama sedangkan tatkala itu azam sudah berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu. Jarang-jarang kita melahirkan rasa syukur kita terhadap Pencipta kita. Andai kita mengakui kita cintakan Allah, cintakan Nabi, sayangkan Islam, itu adalah suatu penipuan yang nyata andai 'tiang agama' sendiri kita robohkan.



"Whosoever desires the life of the world and its glitter; to them We shall pay in full (the wages of ) their deeds therein, and they will have no diminution therein.
They are those for whom there is nothing in the Hereafter but Fire; and vain are the deeds they did therein. And of no effects is that they used to do"
(11: 15-16)


:: Kenali Diri Kita ::

Saban hari kita meniti rutin kehidupan seperti biasa. Terkadang kita merasa jemu menjalani perkara yang sama. Jika kita lihat, dalam zaman modenisasi kini, manusia hanyut dengan berbagai-bagai ragam kehidupan. Pekerjaan mengumpul harta entah bila kepuasan nafsu mula menjelma. Pencarian ilmu yang hanya bertujuan untuk memiliki taraf pendidikan yang tinggi, lantas mendapatkan pekerjaan yang dapat mendatangkan kepuasan duniawi. Terlalu asyik dengan penyampaian lagu dan muzik, movie dan rancangan TV, komputer dan internet.

Secara fitrahnya, apabila seseorang manusia dilahirkan ke dunia, pastinya diiringi dengan tangisannya. Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah kelahiran manusia baik lelaki mahupun perempuan yang dilahirkan dengan senyuman apatah lagi gelak ketawa melainkan ketika Maryam melahirkan Isa AS yang dilihat begitu tenang dan tidak menangis sekalipun. Pernahkah kita berfikir, mengapakah terjadinya perkara sedemikian?

Para ahli falsafah berpendapat bahawa manusia dilahirkan dengan tangisan kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal dijalankan di bumi Allah setelah dilahirkan. Ada juga yang berpendapat bahawa manusia memikirkan ujian dan pancaroba yang sangat dahsyat yang bakal ditempuhi sepanjang kehidupannya di alam syahadah ciptaan Allah yang begitu sempurna.

Di tengah masyarakat yang berfikiran moden dan intelektual, apabila disoal

"What is the purpose of your life? Do you think human creation is something meaningless?"

Bagi orang yang mentauhidkan Allah, mengesakan Allah, membesarkan Allah, pasti soalan-soalan tersebut tidak menjadi masalah bagi mereka kerana mereka faham mengapa mereka dicampakkan di alam syahadah Allah yang dilihat penuh dengan pelbagai nikmat. Tetapi segolongan yang lain menjawab "I'm not sure about that, I'll think about that later". Bagi yang asyik dengan nikmat dunia, "Life is full of enjoyment. U better grab them before they leave you".


And I (Allah) created not the jinns and humans except they should worship Me (Alone)
(51:56)




And (remember) when your Lord said to the angels: "Verily, I am going to place (mankind) generations on earth. They said " Will You place therein those who will make mischief therein and shed blood, while we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they associate with You as partners) and sanctify You". He(Allah) said, "I know which you do not know".
(2:30)


Jawapannya sudah tertulis dalam al-Quran. Allah sudah memberikan "guideline' kepada kita cuma kita sahaja yang malas mengkajinya.




"Did you think that We had created you in play (without any purpose). and that you would not be brought back to Us?"


Sedarlah diri yang lemah, kita tidak didatangkan ke bumi tanpa sebab. Kenali Pencipta kita, letakkanlah Dia sebagai Kekasih kita yang Paling Agung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...