Saturday, February 19, 2011

:: Tuhan Itu Wujud? ::

Ibu, adik nak tanya sikit boleh tak? Betul ke Tuhan itu ada?

Benar, anakku. Adik tengok sahaja alam ini. Alam yang terhampar luas, langit yang didirikan tidak bertiang, gunung-ganang yang ditegakkan tanpa sokongan. Itulah tanda wujudnya Pencipta. Fitrah manusia mengakui adanya Tuhan.

Kalau benar Tuhan itu wujud, berapa banyak Tuhan yang kita ada ibu?

Adik, cuba adik bayangkan boleh ke sebuah kapal mempunyai 2 atau lebih nakhoda? Pasti akan berlaku pertelingkahan. Sekiranya wujudnya Tuhan Langit, Tuhan Bumi dan sebagainya pasti bumi ini musnah. Tuhan itu Esa. Dia tidak melahir dan dilahirkan. Tiada sesuatu pun yang setara dengan Dia.

Tapi ibu kenapa kita tidak dapat tengok Tuhan? Adik nak sangat tengok Tuhan.

Wahai anakku, bukan semua perkara dapat dilihat. Sebagai contoh, malaikat, syaitan, syurga, neraka pun tidak dapat dilihat apatah lagi Tuhan. Orang-orang beriman pasti dapat melihat Tuhan di akhirat kelak.

Ibu, adik tengok kita jalani hidup dengan rutin yang sama sahaja. Makan, tidur, belajar/bekerja kemudian sambung balik perkara yang sama esoknya. Apakah sebenar tujuan kita diciptakan ibu? Adik pernah tanya kat seorang pak cik, dia sendiri tak tahu tujuan hidup dia.

Mengabdikan diri kita pada-Nya. Untuk memakmurkan bumi-Nya. Walaupun kita bergelar khalifah di bumi-Nya, kita masih lagi hamba yang hina di sisi-Nya.

Kalau begitu, apakah pula fungsi haiwan, tumbuhan, alam yang hijau yang Allah ciptakan ini ibu?

Haiwan, binatang tu semua Allah ciptakan untuk mendatangkan manfaat kepada manusia. Dengan adanya binatang dan tumbuhan, manusia dapat berjual-beli, menjadi sumber makanan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi. Semua itu tanda kasih dan sayangnya Allah pada hamba-hambanya sekali pun golongan yang engkar pada suruhannya dan melakukan larangannya.

Ibu, kenapa adanya manusia yang baik dan manusia yang jahat?

Manusia itu dikurniakan nafsu. Dikurniakan akal yang membezakannya dengan haiwan. Oleh sebab itu, kehidupan manusia ini ibarat suatu jalan yang bercabang-cabang. Manusia itu dikurniakan pilihan sendiri untuk memilih yang baik atau yang buruk. Semua itu tanda ujian daripada Allah Taala. Lagipun kalau semua manusia baik, tak perlulah Allah utuskan Nabi Muhammad untuk berdakwah pada umatnya.

Ibu, Tuhan benci tak orang yang melakukan dosa?

Tidak sayang. Sekalipun orang itu melampui batas terhadap dirinya, Tuhan tetap menermia taubat dan memaafkan kesalahannya. Lagipun Allah suka orang yang membersihkan dirinya daripada dosa. Allah sentiasa melapangkan ‘tangan’nya untuk menermia taubat hambanya.

Ibu, kenapa ada doa yang tidak dimakbulkan?

Bukan tidak makbul tetapi tanda Dia suka dengar doa kita. Sayang tidak bermaksud mengabulkan apa sahaja. Allah hendak uji, kita berputus asa atau tidak.

1 comment:

  1. salam awk saye dah jadi follower awk nanti jangan lupe follow blog saya pulak tau =) chentahati19.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...