Friday, November 12, 2010

:: Dunia Vs Akhirat ::

"Amaar, bangun. Dah azan Subuh. Allah dah hantar muazzin panggil kita solat tu Amaar. Jom siap-siap pergi surau", Amir mengajak.

"Hmmmm...", Amaar menjawab kemalasan.

"Amaar, Rabb dah panggil tu. Jom la kita solat dulu. Lepas tu kau nak sambung tidur, tidur la", Amir berusaha untuk terus mengajak Amaar.

"Aku mengantuk la!! aku penat stay up belajar malam tadi tahu tak?!?!? Kalau kau nak pergi surau, pergi je la. Tak payah nak ajak aku. Kalau aku dapat dosa pun bukan kau tanggung sama!!", Amaar menengking Amir.

Amir terduduk di birai katil Amaar sedangkan Amaar terus cuba menyambung tidurnya. Hatinya pilu tetapi demi Kekasihnya yang Maha Agung, dia terus menuju ke surau.

Selesai kuliah Subuh, Ajam bergegas kembali ke biliknya. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Kebetulan kuliah Subuh agak panjang pada pagi tersebut.

"Amaar, kau dah solat belum? 6.45 dah ni. Solatlah dulu. Lepas tu, kau nak tidur, tidur la. Aku tak kacau", Amir mengejut Amaar lagi.

Amaar terus menarik selimutnya dan menutup mukanya dengan bantal. Amir mengajut lagi, "Amaar, solatlah dulu. Dah lambat dah ni".

Amaar baran apabila tidurnya diganggu. "Kau ni dari tadi asyik bising je!! Kau tak kacau aku tak boleh ke? Faham tak aku MENGANTUK?!?". Amaar terus tidur tanpa rasa bersalah tidak mengerjakan solat Subuh.

"Alamak!! Dah pukul berapa ni? Isyhhh,7.45!! Amir!! Asal kau tak kejut aku?!? Dah la test start pukul 8, aku x gosok baju lagi ni!! Ko ni selfish la!!", Amaar mengamuk.

"Sori la aku ingat kau dah set alarm kt handphone ko. Nanti aku kejut kau marah aku pulak", Amir acuh tak acuh memberikan alasan. Hatinya masih sedih mengenangkan peristiwa Subuh tadi. Dia terus mengambil begnye dan bersiap menuju ke dewan peperiksaan.



Inilah realiti kehidupan pelajar zaman globalisasi ini. Islam hanya termaktub pada kad pengenalan sahaja. Identiti Islam hanya terletak pada BIN dan BINTI yang terdapat pada nama penuhnya sahaja. Tidak tergambar keislamannya pada ketaatannya terhadap Pencipta dan agama.

Dalam konteks pelajar atau golongan yang sudah berkerjaya, sesetengah daripada kita sanggup mengabaikan kewajipan semata-mata kerana dunia. Kita sanggup berjaga malam menyiapkan tugasan, tetapi malas untuk bangkit di Subuh hari untuk 2 rakaat solat Subuh. Apabila kita kelewatan untuk ke kelas atau ke tempat kerja, kita berasa gelisah. Tapi kegelisahan dan ketakutan tidak timbul di hati sanubari kita apabila kita tidak memulakan hari kita dengan solat Subuh 2 rakaat. Tujuan kita mulia iaitu untuk mencari ilmu yang merupakan suatu jihad, bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga tetapi kita lupa untuk tanya pada diri kita




"Siapakah yang memberi kita kefahaman tentang sesuatu ilmu?"

"Siapakah yang memberikan kita rezeki melalui gaji yang kita terima?"

"Siapakah yang mengurniakan kita kejayaan dalam pelaran/pekerjaan?"

"Siapakah yang menjamin keselamatan dan memberikan kita tenaga untuk kita selamat dlaam perjalanan kita mencari ilmu, melakukan pekerjaan?


Apabila kita selesai menuntut ilmu, melakukan pekerjaan, kita terus mengetepikan seruan agama sedangkan tatkala itu azam sudah berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu. Jarang-jarang kita melahirkan rasa syukur kita terhadap Pencipta kita. Andai kita mengakui kita cintakan Allah, cintakan Nabi, sayangkan Islam, itu adalah suatu penipuan yang nyata andai 'tiang agama' sendiri kita robohkan.



"Whosoever desires the life of the world and its glitter; to them We shall pay in full (the wages of ) their deeds therein, and they will have no diminution therein.
They are those for whom there is nothing in the Hereafter but Fire; and vain are the deeds they did therein. And of no effects is that they used to do"
(11: 15-16)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...