Friday, November 12, 2010

:: Kenali Diri Kita ::

Saban hari kita meniti rutin kehidupan seperti biasa. Terkadang kita merasa jemu menjalani perkara yang sama. Jika kita lihat, dalam zaman modenisasi kini, manusia hanyut dengan berbagai-bagai ragam kehidupan. Pekerjaan mengumpul harta entah bila kepuasan nafsu mula menjelma. Pencarian ilmu yang hanya bertujuan untuk memiliki taraf pendidikan yang tinggi, lantas mendapatkan pekerjaan yang dapat mendatangkan kepuasan duniawi. Terlalu asyik dengan penyampaian lagu dan muzik, movie dan rancangan TV, komputer dan internet.

Secara fitrahnya, apabila seseorang manusia dilahirkan ke dunia, pastinya diiringi dengan tangisannya. Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah kelahiran manusia baik lelaki mahupun perempuan yang dilahirkan dengan senyuman apatah lagi gelak ketawa melainkan ketika Maryam melahirkan Isa AS yang dilihat begitu tenang dan tidak menangis sekalipun. Pernahkah kita berfikir, mengapakah terjadinya perkara sedemikian?

Para ahli falsafah berpendapat bahawa manusia dilahirkan dengan tangisan kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal dijalankan di bumi Allah setelah dilahirkan. Ada juga yang berpendapat bahawa manusia memikirkan ujian dan pancaroba yang sangat dahsyat yang bakal ditempuhi sepanjang kehidupannya di alam syahadah ciptaan Allah yang begitu sempurna.

Di tengah masyarakat yang berfikiran moden dan intelektual, apabila disoal

"What is the purpose of your life? Do you think human creation is something meaningless?"

Bagi orang yang mentauhidkan Allah, mengesakan Allah, membesarkan Allah, pasti soalan-soalan tersebut tidak menjadi masalah bagi mereka kerana mereka faham mengapa mereka dicampakkan di alam syahadah Allah yang dilihat penuh dengan pelbagai nikmat. Tetapi segolongan yang lain menjawab "I'm not sure about that, I'll think about that later". Bagi yang asyik dengan nikmat dunia, "Life is full of enjoyment. U better grab them before they leave you".


And I (Allah) created not the jinns and humans except they should worship Me (Alone)
(51:56)




And (remember) when your Lord said to the angels: "Verily, I am going to place (mankind) generations on earth. They said " Will You place therein those who will make mischief therein and shed blood, while we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they associate with You as partners) and sanctify You". He(Allah) said, "I know which you do not know".
(2:30)


Jawapannya sudah tertulis dalam al-Quran. Allah sudah memberikan "guideline' kepada kita cuma kita sahaja yang malas mengkajinya.




"Did you think that We had created you in play (without any purpose). and that you would not be brought back to Us?"


Sedarlah diri yang lemah, kita tidak didatangkan ke bumi tanpa sebab. Kenali Pencipta kita, letakkanlah Dia sebagai Kekasih kita yang Paling Agung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...